JERANTUT: Seorang lelaki terselamat meskipun kenderaan dipandunya remuk dihempap sebatang pokok tumbang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Pulau Tawar, di sini, petang tadi.
Mangsa, 52, dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam di lokasi sebelum ketibaan pasukan penyelamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut, Raja Arif Raja Shamsudin, berkata pihak yang bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu membantu mangsa yang ketika itu sudah dikeluarkan dari kenderaan dihempap pokok.
"Anggota membantu memasangkan alat pelindung leher 'C-collar' pada mangsa sebagai langkah berwaspada sebelum menyerahkannya kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk rawatan lanjut," katanya melalui kenyataan.








