Melaka: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat Melaka memberikan mandat kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi membolehkan agenda pembangunan negeri diteruskan menerusi kerjasama dengan kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan akan memudahkan pelaksanaan pelbagai perancangan, sekali gus memastikan lebih banyak manfaat dapat disalurkan kepada rakyat.

Katanya, wakil rakyat yang bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan akan memudahkan usaha membawa lebih banyak pembangunan kepada negeri.

Kerajaan pimpinannya menurutnya memerlukan ruang untuk meneruskan usaha pembangunan dan menyelesaikan pelbagai masalah yang masih dihadapi masyarakat.