Riyadh: Syria menandatangani enam perjanjian Dana Pembangunan Saudi (SDF) bernilai AS$403 juta sebagai langkah penting dalam menyokong pemulihan negara itu.

Ia meliputi pemulihan infrastruktur asas, pemulihan perkhidmatan awam penting dan penambahbaikan taraf hidup komuniti yang terjejas akibat konflik selama bertahun-tahun.

Perjanjian itu, yang ditandatangani di bawah arahan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud mencerminkan komitmen berterusan Arab Saudi dalam menyokong pembangunan Syria.

Majlis menandatangani itu disaksikan Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Presiden Syria Ahmed Al-Sharaa.