Mersing: Seorang penunggang motosikal ditemukan lemas selepas terbabas ke dalam Sungai Jemaluang di Jalan Sekakap, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, maklumat berkaitan kemalangan diterima pihaknya jam 11.15 malam, sebelum jasad mangsa ditemukan, jam 7.50 pagi tadi.

"Kejadian disahkan. Pencarian dimulakan malam tadi di lokasi dan jasad ditemukan, jam 7.50 pagi ini," katanya dihubungi.

Sementara itu, Komander Operasi Kanan Mohd Alias Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian, jam 11.26 malam.