Queensland, Australia: Keengganan meletakkan nanas di atas piza kerana menganggapnya sebagai penghinaan terhadap budaya Itali menyebabkan seorang ketua cef di sebuah restoran di Australia dipecat, lapor The Guardian.
Ketua cef itu, Davide Tamburella dipecat daripada restoran La Costa pada 20 Mei lalu, dua minggu selepas dipanggil majikannya, Elliot Ingram, untuk membincangkan isu prestasi kerjanya.
Menurut keputusan Suruhanjaya Kerja Adil (FWC) yang difailkan pada Selasa, antara isu dibangkitkan adalah keengganan cef warga Itali itu mematuhi arahan menyediakan piza dengan nanas.
Ingram berkata, dia menerima tempahan majlis besar dengan perbelanjaan melebihi AUD$15,000 (kira-kira RM42,207) dan pelanggan yang membayar keseluruhan kos itu meminta piza dan nanas.










