MUNICH – Bayern Munich tidak mahu mengambil risiko kehilangan Harry Kane secara percuma apabila kontraknya bakal tamat hujung musim ini apabila sudah melakukan rundingan untuk membuat tawaran jangka panjang yang baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Jan-Christian Dreesen mengesahkan kedua-dua pihak sudah berbincang dan mencapai persefahaman sebelum Kane diiktiraf sebagai pemenang Ballon d’Or awal minggu ini.

Menurut Dreesen, reaksi Kane memberi petunjuk sedia untuk kekal dan pengurusan kelab juga tidak mahu kehilangan khidmat penjaring berbisa kelahiran England pada tahun depan.

“Kami sedang menguruskan terma dalam kontrak berkenaan. Perkara itu memerlukan beberapa hari kerana peguam kedua-dua pihak perlu bertukar pandangan mengenai butiran kecil.