AYER KEROH: Keghairahan mengejar kemajuan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran kuantum tidak seharusnya menyebabkan generasi muda mengabaikan nilai kemanusiaan, budaya serta akhlak yang menjadi asas pembentukan jati diri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sistem pendidikan negara perlu mengimbangi penguasaan teknologi baharu dengan pembentukan sahsiah bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja berkemahiran tinggi, malah mempunyai prinsip dan pedoman hidup.
Beliau berkata kemajuan teknologi yang diibaratkan sebagai usaha 'menggapai di langit' mesti bergerak seiring falsafah 'mengakar di bumi' yang merangkumi penghayatan bahasa, budaya, sastera, agama dan nilai kemanusiaan.






%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fsss2_928546.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
