PETALING JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berisiko menjadi sasaran politik mudah bagi pelbagai rungutan lebih luas membabitkan hubungan kerajaan Persekutuan dan negeri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, kata penganalisis politik.
Penganalisis Universiti Malaya, Azman Awang Pawi, berkata tuntutan berkaitan hak petroleum semakin berkait rapat dengan usaha Sarawak sejak sekian lama untuk mendapatkan autonomi lebih luas.
Katanya, perkembangan itu sekali gus menjadikan Petronas sebagai lambang mudah bagi kebimbangan terhadap pemusatan kuasa kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata, isu petroleum tidak wajar dianggap sekadar retorik pilihan raya kerana ia berakar daripada pertikaian lebih mendalam membabitkan pemilikan sumber, hubungan Persekutuan-negeri dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fsss2_928546.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
