KUALA LUMPUR: Perbezaan antara kos pengeluaran dan harga jualan runcit telur perlu dinilai secara menyeluruh berdasarkan keseluruhan rantaian nilai industri berkenaan, bukannya hanya perubahan kos pengeluaran di peringkat ladang.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin, berkata kos pengeluaran telur masih dipengaruhi peningkatan harga bahan mentah dan input ternakan, khususnya makanan ternakan yang sebahagian besarnya bergantung kepada bahan import.
"Kos pengeluaran telur di peringkat ladang tidak semestinya menyebabkan penurunan harga telur di pasaran kerana harga runcit turut dipengaruhi faktor lain sepanjang rantaian bekalan dan pemasaran.
"Ini termasuk kos pengeluaran di peringkat ladang, kos pengedaran dan logistik, kos operasi dan faktor lain seperti penawaran dan permintaan," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, hari ini.






%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fsss2_928546.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
