Penganalisis Azmi Hassan, berkata kerjasama dengan Bersatu mampu membantu PH meraih sebahagian sokongan dalam kalangan pengundi Melayu, walaupun kesannya mungkin terhad.PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) diseru memastikan sebarang kerjasama pilihan raya dengan bekas seteru, Bersatu, tidak membelakangkan prinsip meskipun landskap politik Malaysia semasa memerlukan sikap pragmatik, kata penganalisis politik Awang Azman Pawi.

Ahli akademik Universiti Malaya itu berkata, tindakan mengabaikan prinsip tanpa justifikasi jelas berisiko menjejaskan kepercayaan awam serta keabsalahan jangka panjang gabungan itu.

“Bekerjasama dengan bekas seteru bukannya jadi kesalahan terutama dalam politik gabungan. Namun, PH mesti menjelaskan apa telah berubah sejak krisis politik 2020 dan sebab kerjasama dengan Bersatu akan memberi manfaat kepada pengundi.