Madrid: Kelab Sepanyol, UD Almeria yang sebahagiannya dimiliki Cristiano Ronaldo, mengumumkan akan menyumbang keseluruhan hasil jualan tiket perlawanan menentang Tenerife kepada keluarga Jesus de Miguel.
Pemain berusia 30 tahun itu meninggal dunia pada Selasa lalu selepas terbabit dalam pertembungan maut ketika aksi Liga Divisyen Dua Sepanyol antara Tenerife dan Andorra.
Ronaldo memperoleh 25 peratus pegangan saham dalam Almeria pada Februari lalu, manakala kelab itu diambil alih kumpulan pelaburan Arab Saudi pada Mei 2025.
Dalam satu kenyataan menerusi akaun media sosial rasmi kelab, Almeria berkata keputusan menyumbangkan hasil jualan tiket itu dibuat atas inisiatif presidennya, Mohammed Al Khereiji.









