PUTRAJAYA: Selangor membuktikan keunggulan dalam pembangunan bakat muda badminton apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Program Pembangunan Bakat Badminton Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)-Perodua (BTDP) yang melabuhkan tirai di IOI Sports Centre, hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan Selangor muncul antara negeri paling menyerlah dalam saingan yang menghimpunkan pemain muda berusia sembilan hingga 12 tahun dari seluruh negara.

Antara wakil Selangor yang muncul juara ialah Chang Cassandra Jia Qi (perseorangan perempuan bawah sembilan tahun), Khoo Jun Xuan (perseorangan lelaki bawah 10 tahun) dan Nuha Eryna Doni (perseorangan perempuan bawah 12 tahun).

Selangor turut meraih kejayaan dalam acara beregu menerusi Alvin Tan Wei Ler-Teo Ming Xuan (beregu lelaki bawah 12 tahun) serta Pua Rou Xuan-Putree Nadhira Adliana (beregu perempuan bawah 12 tahun).