PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul meluahkan syukur selepas kerajaan Persekutuan bersetuju mengembalikan semula peruntukan kawasan Parlimen Muar yang dihentikan sebelum ini.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan peruntukan itu bukan untuk diri beliau, sebaliknya hak rakyat Muar dan akan terus disalurkan untuk kebajikan serta projek khusus di kawasan itu.
Beliau menyifatkan tindakan undang-undang yang diambil di mahkamah sejak 2024 lalu, bertujuan mendapatkan semula peruntukan kebajikan yang sudah diluluskan sebelum ini, tetapi kemudian ditarik balik.
"Ini bukan tuntutan untuk kepentingan politik peribadi atau balas dendam.









