KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara, Chia Weijie-Teo Ee Yi mengesahkan kemaraan ke suku akhir Terbuka Korea 2026 di Yeosu, hari ini.

Kejayaan itu hadir selepas pasangan ranking ke-39 dunia berkenaan menundukkan gandingan Taiwan, He Zhi Wei-Huang Jui Hsuan yang menghuni ranking ke-38 dunia, 21-9, 21-19 dalam aksi pusingan kedua di Stadium Jinnam.

Kemenangan itu menyaksikan Weijie-Ee Yi melangkah ke suku akhir buat kali pertama dalam kejohanan bertaraf Super 500.

Sebelum itu, pasangan yang mula bergandingan pada April lalu berkenaan mencipta kejutan apabila menyingkirkan gandingan ranking ke-11 dunia dari China, Chen Bo Yang-Liu Yi pada pusingan pertama.