Kuala Lumpur: Beregu lelaki profesional negara Chia Weijie-Teo Ee Yi meneruskan kemaraan ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Korea 2026 di Stadium Jinnam, Yeosu, Korea Selatan hari ini.

Gandingan ranking ke-39 dunia itu tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan pasangan Taiwan Zhi Wei He-Huang Jui-Hsuan, yang menghuni ranking ke-38 dunia dengan kemenangan 21-9, 21-19 dalam tempoh 28 minit pada pusingan kedua.

Pasangan negara bakal bertemu sama ada gandingan Korea Selatan-Malaysia Choi Sol Gyu-Goh V Shem atau pasangan Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi pada suku akhir.

Sementara itu, kemaraan perseorangan wanita negara K Letshanaa terhenti pada pusingan kedua selepas tewas kepada pemain nombor satu dunia dari Korea Selatan An Se Young, 10-21, 12-21.