BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea selepas menundukkan pasangan Jepun, Haruki Kawabe-Kenta Matsukawa, di Yeosu hari iniPasangan pilihan ketiga itu, yang merangkul juara Terbuka Perancis bulan lepas, hanya mengambil masa 36 minit untuk menewaskan gandingan ke-49 dunia dari Jepun tersebut, 21-14, 26-24, dalam aksi suku akhir di Stadium Jinnam.Walaupun diberi tentangan sengit di set kedua, Wei Chong-Kai Wun kekal tenang sebelum menang dengan straight set, sekali gus mengekalkan peluang untuk meraih satu lagi gelaran.Mereka bakal berdepan pilihan utama, Kim Won Ho-Seo Seung Jae sebelum melangkah ke final, dengan gandingan Malaysia itu belum pernah menang ke atas pasangan dari Korea Selatan itu dalam enam pertemuan terdahulu.Sementara itu, beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing tersekat di suku akhir selepas tewas 14-21, 18-21 ke atas pilihan utama dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin. - Bernama