Kuala Lumpur: Dua remaja ditahan kerana membekalkan vape dicampur dadah kepada seorang pelajar sekolah susulan penularan video memaparkan pelajar berkenaan dalam keadaan khayal di dalam bilik darjah di Negeri Sembilan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua suspek terdiri daripada rakan sekolah mangsa berusia 17 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang sudah berhenti sekolah.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek membekalkan peranti vape yang dipercayai mengandungi dadah kepada pelajar terbabit.

"Kami menahan dua lagi individu, seorang daripadanya ialah rakan sekolah berusia 17 tahun, manakala seorang lagi lelaki berusia 18 tahun yang tidak lagi bersekolah.