London: Pemain tengah menyerang Chelsea, Cole Palmer digugurkan daripada skuad England bagi aksi Liga Negara-Negara menentang Croatia dan Sepanyol bulan ini, manakala pemain tengah Borussia Dortmund, Jobe Bellingham, meraih panggilan sulung ke skuad senior, menurut Persatuan Bolasepak (FA), hari ini.
Pengguguran Palmer hadir susulan keputusan dua bulan lalu apabila pemain Chelsea itu menarik diri daripada kem latihan England pada September akibat kecederaan otot.
Tindakan itu menyebabkan pengurus, Thomas Tuchel mempersoalkan kesediaan pemain berusia 24 tahun terbabit selepas siri kekerapan ketidakhadiran akibat kecederaan.
"Ini satu lagi peluang yang terlepas. Beliau terlalu banyak terlepas peluang," kata Tuchel ketika itu.








