Key takeaways
Seorang lelaki ditahan di Kampung Lalang Luas, Machang, selepas polis merampas 1,000 pil disyaki dadah bernilai RM10,000 daripada sebuah rumah dalam pembinaan. Suspek yang positif dadah mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.
- Serbuan dilakukan pada 3.45 petang di sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Lalang Luas, Joh Labok.
- Rampasan merangkumi 990 pil merah dan 10 pil hijau yang disyaki dadah dengan nilai keseluruhan RM10,000.
- Suspek mempunyai dua rekod lampau mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Machang: Lelaki ditahan selepas polis menemui 1,000 biji pil disyaki dadah bernilai RM10,000 dalam serbuan di sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Lalang Luas, Joh Labok, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Machang Superintendan Azuhar Md Nor berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang pada 3.45 petang.
Menurutnya, suspek ditahan selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan di rumah berkenaan.
"Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui empat paket plastik warna biru yang setiap satunya mengandungi 198 biji pil berwarna merah dan dua biji pil berwarna hijau yang disyaki dadah.