IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun 10 bulan dikhuatiri lemas ketika beriadah bersama keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang, dekat Gopeng di sini dalam kejadian tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.06 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng bergegas ke tempat kejadian.

"Operasi pencarian dilakukan bersama pihak polis dan penduduk kampung, selain dibantu syarikat pelancongan berhampiran yang menyediakan lapan bot rakit.

"Sehingga 3.45 petang tadi, pasukan yang menjalankan pencarian awal telah bergerak sejauh 4 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh," katanya dalam kenyataan.