KUALA LUMPUR: AEO Freight Sdn Bhd memperkukuh daya saingnya dalam industri logistik menerusi pengendalian kargo khusus yang memerlukan perancangan lebih terperinci disebabkan saiz, tahap kesegeraan dan keperluan operasi pelanggan.

Antara tugasan yang dikendalikan ialah penghantaran peralatan industri bersaiz besar dari Pulau Pinang ke Shanghai untuk BBS China Co Ltd, membabitkan pengangkutan muatan berat dan penggunaan kontena pelantar terbuka atau flatrack.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata, projek berkenaan memerlukan penyelarasan pengangkutan darat, kaedah pemuatan, pengikatan kargo, pelepasan kastam dan urusan kapal sebelum peralatan dihantar ke destinasi akhir.

"Pengalaman mengendalikan penghantaran industri memberikannya peluang menonjol menerusi kepakaran praktikal apabila kaedah penghantaran biasa tidak memadai.