KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih interim skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe sudah bersedia sekiranya terdapat pemain yang beliau panggil menarik diri atau tidak dapat melaporkan diri daripada menyertai kem Harimau Malaya.

Semua 24 pemain yang dipanggil Cheng Hoe sepatutnya melaporkan diri bersama Harimau Malaya, hari ini bagi menghadapi aksi persahabatan antarabangsa berdepan China, Sabtu ini dan Yaman (17 November).

Bagaimanapun terdapat laporan bahawa sebuah kelab Liga Super dikatakan mengambil keputusan menarik keluar semua pemain mereka daripada menyertai kem latihan skuad kebangsaan.

Cheng Hoe ketika ditanya mengenai laporan berkenaan menjelaskan beliau masih belum mendapat maklumat mengenai perkara itu, namun bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk memanggil pemain lain sebagai ganti.