JAKARTA – Dua lelaki ditahan selepas klip video tular di internet menunjukkan mereka mencuri lampu isyarat di Deli Serdang, wilayah Sumatera Utara.

Ketua Polis Tanjung Morawa, AKP Jonnu Damanik berkata, kecurian berlaku sekitar pukul 2.20 pagi (waktu tempatan) di kawasan Simpang Kayu Besar di Desa Limau Manis, baru-baru ini.

“Kami berjaya menahan kedua-dua suspek dikenali pasti sebagai DA, 27, dan TW berusia 35 tahun,” kata Jonni dalam satu kenyataan.

Siasatan awal mendapati DA dan TW ‘mencabut’ lampu isyarat berkenaan menggunakan sepana sebelum melarikan diri dengan menaiki beca.