KUALA LUMPUR : Meskipun kes mahkamah difailkan terhadap bekas suami masih lagi berlangsung, penyanyi, Zehra Zambri, 39, akan terus berjuang mendapatkan pembelaan dan hak buat anak perempuan tersayang.
Zehra berkata, prosiding perbicaraan masih lagi panjang, tetapi sebagai ibu tunggal penting baginya mendapatkan hak yang patut buat diri sendiri dan anak menerusi saluran tepat iaitu jalur perundangan.
"Kes mahkamah antara saya dan bekas suami belum selesai. Masih dalam perbicaraan dan panjang lagi untuk capai keputusan. Apapun, saya akan terus berjuang untuk diri sendiri dan hak anak.
"Kita ada jalur undang-undang yang kuat dan saya percaya sampai masa akan selesai juga," katanya kepada Harian Metro ditemui pada majlis sidang media Festival Fesyen Islamik (IFF) Kuala Lumpur 2026, baru-baru ini.








