ISTANBUL: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, berkata Tehran kekal terbuka kepada rundingan bagi menamatkan situasi "tiada perang, tiada damai" di negara itu sambil menegaskan mahu dialog dengan Amerika Syarikat (AS) berasaskan saling menghormati, namun tidak akan tunduk kepada tekanan, lapor Anadolu Ajansi.
Bercakap dalam satu majlis pada Isnin, Pezeshkian berkata, Pemimpin Agung Iran, Mojtaba Khamenei, mengarahkan para pegawai untuk menamatkan keadaan "bukan perang, bukan damai", menurut kenyataan yang disiarkan di laman sesawang Presiden Iran.
"Kami boleh berunding dengan bermaruah dan menyelesaikan isu ini secara terhormat. Kami memilih dialog dan rundingan," katanya.
Pezeshkian menegaskan bahawa kewarasan menuntut pertikaian diselesaikan menerusi rundingan berbanding peperangan selagi hak sesebuah negara dapat dipertahankan melalui dialog.








