ANTALYA (Turkiye): Fenomena El Nino boleh memburukkan lagi penyakit berkaitan haba, penularan wabak dan pencemaran udara sehingga 2027, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), Celeste Saulo.

Menurut laporan Anadolu Ajansi, Saulo berkata, suhu melebihi purata berupaya mencetuskan ancaman kesihatan yang melangkaui pendedahan langsung kepada cuaca panas melampau.

"Kami juga sedang membicarakan mengenai penularan wabak denggi, wabak malaria. Risiko berbeza-beza bergantung kepada corak taburan hujan mengikut rantau.

"Sekiranya kami menjangkakan musim panas dan kering, kebakaran hutan akan berlaku. Apabila kebakaran hutan berlaku, kualiti udara pula akan merosot," katanya pada taklimat media COP31 di Antalya, hari ini.