SEPANG – Identiti tiga mangsa maut disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, petang tadi telah dikenal pasti.

Mereka yang maut termasuk dua beradik iaitu Mohd. Sahrif Marusin, 26, yang bekerja sebagai pencuci kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan adiknya, Mohd. Ahzam, 16.

Seorang lagi mangsa yang maut dalam kejadian sama dikenali sebagai Mohd. Safwan Aksan, 18, dipercayai sepupu dua beradik tersebut.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi sebentar tadi.