Melaka: Kepimpinan PAS Melaka menepis dakwaan bahawa kerjasama antara parti itu dengan UMNO tidak akan bertahan lebih tiga tahun.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Zulkifli Ismail sebaliknya menegaskan kenyataan itu dilontarkan pihak yang tidak suka kepada penyatuan diusahakan kedua-dua parti utama menerusi Muafakat Melaka antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, PN dan BN komited memastikan kerjasama berkenaan dapat dipertahankan bukan sekadar untuk menghadapi pilihan raya.

"Itu pandangan daripada orang yang tak suka pada penyatuan ini.