Kuala Lumpur: Kapten Selangor, Faisal Halim menarik perhatian netizen dan peminat bola sepak tanah air susulan komen ringkasnya pada laman Instagram rakan sepasukan, Safuwan Baharudin.

"Kita tahu semua ini akan belaku," Itu komen yang ditinggalkan penyerang berusia 28 tahun itu dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial berkenaan.

Mendapat lebih 1,300 tanda suka, komen yang dibuat Faisal turut mencetuskan persoalan mengenai maksud daripada komen ringkas itu.

Terdahulu, Safuwan membuat satu hantaran di Instagram miliknya dengan mengulas mengenai kekecewaannya atas kegagalan Selangor gagal ke final Piala FA selepas tumpas 2-3 secara agregat kepada Kuching City, semalam.