Alor Gajah: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menyasarkan sokongan 60 peratus pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, menerusi kerjasama kedua-dua gabungan itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, berkata sasaran itu berdasarkan jumlah undi yang diperoleh BN dan PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), yang masing-masing merekodkan 29 peratus dan 31 peratus.

Katanya, walaupun keputusan PRU15 menyaksikan sokongan terhadap BN berada pada tahap terendah, jumlah undi kedua-dua gabungan itu sekiranya disatukan, mampu memberi kelebihan pada PRN kali ini.

"Pada PRU15, BN mendapat 29 peratus undi, PN 31 peratus, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh 38 peratus.