Paris: Legenda judo Perancis, Teddy Riner mengejutkan dunia sukan apabila mengumumkan hasrat bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Perancis 2027, dengan mendakwa kebimbangannya terhadap peningkatan pengaruh politik kanan ekstrem di negara itu.
Juara Olimpik lima kali berusia 37 tahun itu membuat pengumuman berkenaan menerusi satu video di media sosial, Isnin, sekali gus memberi bayangan mahu menawarkan pilihan baharu kepada rakyat yang tidak mahu terperangkap antara dua fahaman politik ekstrem.
"Nama saya Teddy Riner dan hari ini, saya ingin memberitahu anda secara berdepan bahawa saya adalah calon dalam Pilihan Raya Presiden 2027," katanya.
Riner yang berasal dari wilayah Guadeloupe berkata, beliau bimbang Perancis bakal berdepan perpecahan lebih serius sekiranya ketegangan politik terus meningkat.






