MELAKA: UMNO tidak mahu lagi terperangkap dengan isu 'titik bengik' (perkara remeh) atau pertelingkahan lama dengan PAS, yang cuba dibangkitkan semula pihak tertentu.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata sebaliknya parti itu memilih untuk terus bergerak ke hadapan demi memperkukuh kerjasama politik dan memastikan kemakmuran rakyat.
Asyraf Wajd berkata, segala perbezaan dan isu berbangkit sebelum ini tidak lagi menjadi halangan kepada usaha membina persefahaman serta memperkukuh semangat muafakat antara parti.
Beliau berkata, semua pihak sudah mencapai kesepakatan untuk mengetepikan perkara lalu dan memberikan tumpuan kepada agenda lebih besar, khususnya kepentingan rakyat serta masa depan negeri dan negara.






