PRESIDEN Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan disahkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) bagi penggal baharu.ASTAF dalam kenyataan pada Isnin mengesahkan kemenangan itu susulan berakhirnya tempoh penamaan calon bagi Mesyuarat Agung Pemilihan badan induk berkenaan pada jam 5 petang waktu Malaysia pada Isnin.Turut memenangi satu lagi kerusi Timbalan Presiden tanpa dicabar ialah Setiausaha Agung Persatuan Sepaktakraw Thailand, Dr Srihassak Arrirachakaran.Sementara itu, kerusi nombor satu badan induk sukan berkenaan turut menyaksikan Datuk Abdul Halim Kader kekal sebagai Presiden ASTAF tanpa bertanding selepas hanya menerima satu pencalonan.Bagaimanapun, persaingan bagi jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Eksekutif tetap akan berlangsung susulan jumlah pencalonan yang dikemukakan melebihi bilangan kerusi yang ditawarkan.Mesyuarat Agung Pemilihan di Bangkok pada 9 Disember ini bakal melengkapkan pembentukan barisan kepimpinan ASTAF bagi meneruskan aspirasi memacu sepak takraw sebagai sukan bertaraf dunia.Sementara itu, Abdul Halim dalam kenyataan sama menegaskan keutamaan kepimpinan baharu adalah memperkukuh hubungan strategik dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF).Beliau berkata, usaha itu dilakukan bagi mempercepat usaha memenuhi keperluan pengiktirafan dan membuka laluan penyertaan sepak takraw pada Sukan Olimpik."Perjuangan kami belum selesai. Impian saya adalah melihat sepak takraw dipertandingkan di pentas Olimpik. Kita mesti terus bersatu, bekerja lebih keras dan memastikan sukan ini berkembang secara profesional, berintegriti serta memenuhi piawaian antarabangsa," katanya. - Bernama
Sumali kini Timbalan Presiden ASTAF, menang tanpa bertanding

Key takeaways
Datuk Mohd Sumali Reduan menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden ASTAF untuk penggal baharu.
- Mohd Sumali Reduan menang tanpa bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden ASTAF.
- Dr Srihassak Arrirachakaran juga memenangi kerusi Timbalan Presiden tanpa dicabar.
- Mesyuarat Agung Pemilihan ASTAF akan diadakan pada 9 Disember untuk melengkapkan kepimpinan baharu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Zuraidi menang jawatan Naib Presiden KFA
- Berita Harian Abdul Halim kekal Presiden ASTAF tanpa bertanding
- Harian Metro Abdul Halim kekal jawatan Presiden ASTAF
- Harian Metro Sumali kini Timbalan Presiden ASTAF
- Sinar Harian Sumali kini Timbalan Presiden ASTAF, menang tanpa bertanding (this story)









