SHAH ALAM - Keahlian Datuk Abu Bakar Sabudin dalam UMNO gugur secara automatik selepas beliau memutuskan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, tindakan Abu Bakar bertanding sebagai calon Bebas bercanggah dengan Perlembagaan UMNO, sekali gus menyebabkan beliau kehilangan hak sebagai ahli parti."Perkara tersebut jelas diperuntukkan menerusi Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO yang menetapkan keahlian seseorang ahli akan tergugur secara automatik sekiranya memenuhi keadaan yang dinyatakan dalam fasal berkenaan."Fasal 20.11.2 menyatakan bahawa ahli UMNO itu bertanding dalam mana-mana pilihan raya sebagai calon Bebas atau calon pakatan parti politik yang tidak dianggotai UMNO," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Mohd Sumali berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Abu Bakar pada 4 November lalu yang mendakwa dirinya masih ahli UMNO aktif.Kata Abu Bakar, keputusan itu dibuat selepas hasratnya untuk bertanding tidak mendapat tempat dalam parti yang disertainya sejak muda.Menurutnya lagi, sudah empat kali dirinya menyuarakan hasrat untuk menjadi calon sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lampau.Abu Bakar, 65, yang juga broker tanah melahirkan keyakinan dapat memenangi hati rakyat berikutan mempunyai hubungan rapat dengan penduduk pelbagai kaum di kawasan berkenaan.Anak jati Bukit Katil itu berpandangan, hasil penglibatannya dalam aktiviti kemasyarakatan sekian lama mampu menjadi sandaran pada hari pengundian 14 November ini.
Bertanding calon Bebas, keahlian Abu Bakar dalam UMNO automatik gugur

Key takeaways
Keahlian Abu Bakar dalam UMNO gugur secara automatik kerana bertanding sebagai calon Bebas dalam PRN Melaka ke-16.
- Abu Bakar memutuskan untuk bertanding sebagai calon Bebas dalam DUN Bukit Katil.
- Perlembagaan UMNO menyatakan keahlian akan tergugur jika ahli bertanding sebagai calon Bebas.
- Abu Bakar mengakui tidak mendapat tempat dalam UMNO walaupun sudah empat kali menyuarakan hasratnya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AISYAH BASARUDDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Senarai penuh calon bertanding PRN Melaka ke-16
- Utusan Malaysia 79 calon sah bertanding pada PRN Melaka
- Utusan Malaysia 79 calon bertanding rebut 28 kerusi DUN Melaka
- Sinar Harian Bertanding calon Bebas, keahlian Abu Bakar dalam UMNO automatik gugur (this story)









