GOPENG - Seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Muiz Muhd Luqman, 2, dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarganya di Sungai Jahang di sini pada Isnin.Mangsa yang datang berkelah bersama keluarga dari Batu Gajah itu disedari hilang kira-kira jam 11.30 pagi sebelum usaha mencarinya dilakukan di sekitar kawasan sungai berkenaan.Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, mangsa kali terakhir dilihat sedang bermain air di tepi sungai sebelum keluarganya menyedari kehilangan kanak-kanak itu.ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak 2 tahun dilaporkan hilang ketika riadah bersama keluarga"Ahli keluarga telah melakukan pencarian di sekitar kawasan perkelahan, namun mangsa gagal ditemui."Mereka kemudian mengesyaki mangsa dihanyutkan arus sungai yang agak deras sebelum menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan polis dan bomba," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan membabitkan kekuatan dua pegawai dan 15 anggota polis serta tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng.Katanya, operasi itu turut dibantu 21 orang awam dengan menggunakan empat bot water rafting bagi memperluaskan kawasan pencarian."Pasukan penyelamat melakukan pencarian melalui laluan sungai menggunakan bot, manakala anggota lain menjalankan pencarian di kawasan darat sekitar lokasi kejadian."Sehingga jam 6 petang, mangsa masih belum ditemukan. Operasi SAR diteruskan meskipun berdepan keadaan cuaca hujan," katanya,Mohamad Nazri menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan aktiviti riadah di kawasan sungai ketika musim tengkujuh berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.Jelas beliau, hujan di kawasan hulu sungai boleh menyebabkan paras air meningkat secara mendadak atau berlaku fenomena kepala air tanpa disedari pengunjung."Paling penting ibu bapa perlu sentiasa mengawasi anak-anak terutama ketika melakukan aktiviti riadah di kawasan sungai seperti ini bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.
Budak 2 tahun hilang: 'Kali terakhir Muhammad Muiz dilihat sedang main air di tepi sungai'

Key takeaways
Muhammad Muiz Muhd Luqman, 2, dikhuatiri lemas selepas hilang ketika beriadah di Sungai Jahang, Gopeng, pada Isnin. Operasi mencari dan menyelamat digerakkan oleh polis, bomba serta orang awam menggunakan bot.
- Mangsa disedari hilang kira-kira jam 11.30 pagi selepas terakhir dilihat bermain air di tepi sungai.
- Operasi SAR melibatkan dua pegawai, 15 anggota polis, tujuh anggota bomba dan 21 orang awam.
- Empat bot water rafting digunakan untuk memperluaskan kawasan pencarian di sekitar sungai tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORMAWATI ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Rogol budak, Mahkamah Rayuan tambah hukuman penjara jadi 15 tahun
- Sinar Harian Budak 2 tahun hilang: 'Kali terakhir Muhammad Muiz dilihat sedang main air di tepi sungai' (this story)









