Kuala Lumpur: Seorang penghantar makanan ditahan kerana disyaki menghendap dalam tandas wanita di sebuah premis sekitar Jalan Bukit Bintang, di sini, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 12.01 tengah malam.
Katanya, mangsa seorang wanita tempatan berusia 37 tahun, memberitahu ketika berada di tandas berkenaan, dia menyedari seorang lelaki tidak dikenali mengintainya melalui ruang atas.
"Menyedari kehadiran suspek, mangsa terus menjerit dan meminta bantuan daripada suaminya," katanya dalam kenyataan hari ini.









