Busan: Virus yang berupaya merosakkan tanaman tomato dan lada dikesan menyerang tanaman rumah hijau di bandar raya ini sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap sektor pertanian tempatan, lapor The Korea Herald.
Pusat Teknologi Pertanian Busan memaklumkan perkara itu pada Ahad lalu sambil menggesa pengusaha tanaman mengehadkan pergerakan antara ladang bagi membendung penularan virus berkenaan.
Patogen yang dikenali sebagai Tomato Brown Rugose Fruit Virus (ToBRFV) itu tertakluk kepada kawalan kuarantin tumbuhan di Korea Selatan.
Virus berkenaan boleh menjangkiti tanaman tomato serta pelbagai jenis lada termasuk lada benggala dan cili.









