KAJANG - Seorang wanita tempatan ditahan selepas disyaki melakukan khianat dengan melukis kalimah ALLAH dan tanda salib pada sebuah kotak panel kawalan elektrik di Taman Sutera di sini.Suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan sepasukan pegawai polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kira-kira jam 2.15 petang pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, tangkapan itu susulan laporan polis yang diterima pada Ahad."Kita turut merampas beberapa barangan termasuk cat berwarna merah dan pakaian yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian."Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian, termasuk mendapatkan keterangan saksi serta meneliti rakaman video yang tular," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Naazron berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Nazirulzahin Mohd Hashim menerusi talian 017-8881 475 bagi membantu siasatan," katanya.
Wanita ditahan conteng kalimah ALLAH, tanda salib pada kotak elektrik

Key takeaways
Seorang wanita ditahan kerana melukis kalimah ALLAH dan tanda salib pada kotak elektrik di Kajang.
- Wanita berusia 40-an ditahan oleh polis pada Isnin petang.
- Polis merampas cat merah dan pakaian yang dikaitkan dengan kejadian.
- Kes disiasat mengikut beberapa undang-undang termasuk Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Kosmo , Berita Harian
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Wanita ditahan conteng kalimah ALLAH, tanda salib pada kotak elektrik (this story)








