SEPANG – Tiga lelaki tempatan maut dipercayai akibat disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas ketiga-tiga mangsa selesai membaiki sebuah kenderaan sebelum berteduh di bawah pokok."Ketiga-tiga mangsa masing-masing berusia 26, 18 dan 16 tahun. Mayat dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang untuk tindakan lanjut," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga maut disambar petirNorhizam berkata, maklumat lanjut berkaitan insiden itu akan dimaklumkan kemudian.Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial menerusi beberapa rakaman video yang memaparkan tiga jasad ditutupi kain batik dan terbaring di bawah sebatang pokok.
Tiga maut disambar petir: Mangsa berteduh bawah pokok selepas baiki kenderaan - Polis

Key takeaways
Tiga lelaki maut disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi selepas mereka berteduh di bawah pokok selepas membaiki kenderaan.
- Ketiga mangsa berusia 26, 18 dan 16 tahun.
- Mangsa maut dipercayai disambar petir semasa berteduh di bawah pokok.
- Mayat dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah untuk tindakan lanjut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Tiga maut disambar petir
- Berita Harian Tiga maut disambar petir di Sepang
- Sinar Harian Tiga maut disambar petir: Mangsa berteduh bawah pokok selepas baiki kenderaan - Polis (this story)









