SEPANG: Tiga maut dipercayai disambar petir dalam kejadian di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan.
Sebelum itu, tular di media sosial beberapa klip video memaparkan tiga jasad yang sudah bertutup dengan kain batik terbaring di bawah pokok.
Difahamkan, ketiga-tiga mangsa berada di lokasi kejadian selepas kereta dinaiki rosak. -UTUSAN










