Petaling Jaya : Noh Salleh mengakui kolaborasi bersama Aina Abdul menerusi lagu Sang Penikam 2026 membuka lembaran rezeki baharu dalam kerjaya seninya.
Penghargaan itu dizahirkan vokalis kumpulan Hujan berkenaan ketika menjayakan konsert Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra di Idea Live Arena, di sini, malam tadi.
Noh, 41, menyifatkan kolaborasi itu sebagai antara titik penting yang merancakkan kembali perjalanan seninya, sekali gus membuka peluang baharu dalam industri hiburan.
Noh berkata, dia amat menghargai pengorbanan dan sokongan Aina yang banyak membantu perjalanan muziknya sejak mereka mula mengenali antara satu sama lain.









