Nama dua penyanyi bersuara emas, Aina Abdul dan Ernie Zakri kembali meriah menghiasi laman media sosial.

Pada awalnya Diva ingatkan peminat kedua-dua penghibur tersebut sedang bercakar, rupa-rupanya gara-gara video masing-masing menyanyikan lagu milik satu sama lain.

Aina tampil mengalunkan lagu Pinta, manakala Ernie pula mempamerkan kehebatan vokalnya menerusi lagu Bluest Sky.

Menariknya, perkongsian tersebut mengundang keterujaan peminat sehingga ramai mula memasang angan-angan mahu melihat kedua-dua penyanyi itu bergabung dalam sebuah projek duet.