PORT DICKSON – Penyu yang ditemukan pengunjung di Pantai Saujana, di sini, semalam dan tular didakwa sudah mati menerusi media sosial dipercayai masih hidup ketika gambar reptilia marin itu dirakam.

Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati penyu berkenaan sudah tiada ketika pihaknya melakukan semakan susulan.

“Pemeriksaan kami di lapangan mendapati penyu itu sudah tiada. Kemungkinan ia masih hidup ketika gambar tersebut diambil,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan gambar yang dikongsikan, penyu berkenaan dikenal pasti merupakan spesies penyu agar.