MELAKA: Pengundi muda di negeri ini diminta memanfaatkan kuasa mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dengan membuat pertimbangan berlandaskan maklumat dan fakta tepat.

Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim, berkata golongan itu tidak seharusnya terpengaruh dengan sentimen mahupun politik kebencian dalam membuat keputusan di peti undi pada 14 November ini.

Beliau berkata, golongan berusia 18 hingga 39 tahun yang mewakili 47.34 peratus daripada keseluruhan 687,697 pemilih berdaftar di Melaka, berkuasa mencorakkan masa depan pentadbiran negeri, sekali gus menuntut mereka memilih kepimpinan yang berintegriti.

"Sifat semula jadi kita apabila hendak buat keputusan, selain daripada kita tanya kepada akal, kita tanya kepada hati kita juga apa yang rasional dan apa yang membentuk emosi kita.