MANCHESTER United nampaknya tidak perlu turun padang untuk menambah derita penyokong apabila keputusan perlawanan pasukan lain sudah cukup untuk menghumban mereka ke zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL).Kemenangan Nottingham Forest 3-1 ke atas Manchester City di City Ground awal pagi Ahad menyaksikan United tergelincir ke tangga ke-18, sekali gus menghuni kelompok tiga pasukan tercorot.Lebih memalukan, skuad kendalian Michael Carrick hanya mengumpul tujuh mata selepas mengharungi sembilan perlawanan dengan rekod satu kemenangan, empat seri dan empat kekalahan.Memang padanlah: BerbatovSituasi itu turut mengundang sindiran bekas penyerang United, Dimitar Berbatov yang menganggap kedudukan berkenaan mencerminkan prestasi semasa kelab gergasi England itu."Melihat cara United bermain, memang padanlah mereka berada di kedudukan itu," katanya.Lebih membimbangkan, United masih gagal menemui rentak apabila melalui tujuh perlawanan liga tanpa kemenangan sejak menewaskan Ipswich Town 5-2 pada Ogos lalu.Kekalahan 0-2 kepada Chelsea dalam aksi terakhir liga turut menambah tekanan terhadap Carrick selepas pasukannya gagal memanfaatkan peluang sebelum dibolosi dua gol pada separuh masa kedua.Villa menanti di Old TraffordKini, tiada ruang untuk United terus tercicir apabila dijadualkan menerima kunjungan Aston Villa di Old Trafford pada tengah malam ini (12.30 malam waktu Malaysia).Kemenangan menjadi sasaran penting buat The Red Devils untuk mengutip tiga mata dan cuba keluar daripada zon bahaya, meskipun kedudukan akhir turut bergantung pada keputusan pasukan lain.Villa pula bukan lawan mudah apabila hadir dengan prestasi yang mampu menyukarkan usaha tuan rumah.Jika gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri, United berisiko terus terperangkap dalam kelompok bawahan liga.Ironinya, kelab yang pernah mendominasi bola sepak England itu kini terpaksa memikirkan cara menyelamatkan kedudukan dalam liga, bukannya memburu tempat ke pentas Eropah.
Tak main pun United masuk zon penyingkiran

Key takeaways
Manchester United tergelincir ke zon penyingkiran EPL selepas keputusan perlawanan pasukan lain, dengan hanya tujuh mata selepas sembilan perlawanan.
- United berada di tangga ke-18 dengan satu kemenangan, empat seri dan empat kekalahan.
- Kekalahan kepada Chelsea menambah tekanan terhadap jurulatih Michael Carrick.
- Dimitar Berbatov menyindir prestasi United yang mencerminkan kedudukan mereka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AFDAH MUJAP
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian United hampiri zon penyingkiran
- Harian Metro Lepas United, kini City pula masuk 'gua'
- Sinar Harian Tak main pun United masuk zon penyingkiran (this story)







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-06112026-09_786795.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

