KUALA LUMPUR – Sudah seminggu berkampung dan berjaga-jaga. Itulah pengorbanan pasukan keselamatan siber yang bertungkus-lumus memantau serta menangani gelombang serangan siber terhadap pelbagai sistem penting negara.Situasi mencabar itu didedahkan seorang pengguna Threads, @hanamansor, menerusi hantaran yang memaparkan gambar bilik operasi pasukannya bersama kapsyen mengenai usaha mereka berdepan ancaman berkenaan."Pasukan saya sudah seminggu berkampung untuk menangani cyberattack. Semoga dipermudahkan urusan pasukan kami, insya-ALLAH. Semoga negara dan kita semua dilindungi. Demi negara," katanya.Hantaran itu menarik perhatian ramai dan mengundang pelbagai doa serta kata-kata semangat daripada pengguna media sosial.Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, Hana tampil menjelaskan bahawa pasukannya bukan terdiri daripada penggodam, sebaliknya bertanggungjawab memastikan sistem kerajaan dan swasta dinaik taraf serta dilindungi daripada serangan siber."Hi semua, kami bukan hackers. Pasukan saya adalah mereka yang kena upgrade dan jaga sistem kerajaan serta swasta. Kami berjaga-jaga agar sistem mereka tiada yang kena hack," jelasnya.Hana turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan moral dan doa orang ramai yang disifatkan memberi suntikan semangat kepada pasukannya untuk terus menjalankan tanggungjawab."Terima kasih di atas semua doa. Pasukan saya semangat ni nak jaga sistem lepas baca komen semua. Tak pernah terpikir kami ni hero. We are just doing our job.. Semoga yang baik-baik untuk semua dan negara!" tambahnya.Hantaran berkenaan terus menerima reaksi positif warganet yang menghargai usaha pasukan keselamatan siber itu, khususnya dalam memastikan sistem penting kerajaan dan swasta terus terlindung daripada ancaman penggodaman.
Serangan siber: 'Sudah seminggu kami 'berkampung', berjaga-jaga demi negara'

Key takeaways
Pasukan keselamatan siber berkampung selama seminggu untuk menangani serangan siber terhadap sistem negara.
- Pasukan keselamatan siber berjaga-jaga selama seminggu untuk menghadapi serangan siber.
- Hana menjelaskan pasukannya bukan penggodam, tetapi bertanggungjawab menjaga sistem kerajaan dan swasta.
- Hantaran itu mendapat sokongan dan doa daripada ramai pengguna media sosial.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia AI disyaki dalangi serangan siber Jepun
- Utusan Malaysia ATM tingkat keupayaan hadapi serangan siber
- Utusan Malaysia Jepun tubuh pasukan penyelamat tangani serangan siber
- Utusan Malaysia Rakyat belum sedia hadapi serangan siber
- Sinar Harian Serangan siber: 'Sudah seminggu kami 'berkampung', berjaga-jaga demi negara' (this story)








