KOTA BHARU – Hanya tiga minit tiga saat diperlukan Muhammad Syukri Zaidi untuk membuktikan kehebatan kemahirannya apabila muncul juara pertandingan micro soldering peringkat Asia di Indonesia, sekali gus mengharumkan nama Kelantan di pentas antarabangsa.Lebih membanggakan, kejayaan itu diraih dalam persaingan lebih 200 peserta yang menguji ketangkasan, ketelitian dan kepakaran membaiki komponen mikro telefon pintar, termasuk cip pemproses (CPU).Pemilik perniagaan Gadget Shop berusia 31 tahun dari Kubang Kerian di sini itu berkata, pertandingan berkenaan menuntut peserta membaiki papan induk (motherboard) iPhone 15 Pro Max yang diberikan dalam keadaan berfungsi sebelum memastikan peranti berkenaan kembali beroperasi selepas proses pembaikan.Beliau yang dikenali sebagai Masteryie berjaya menyiapkan tugasan dalam tempoh tiga minit tiga saat, sekali gus mengatasi peserta Indonesia yang menduduki tempat kedua dengan catatan tiga minit 42 saat dan tempat ketiga dengan tiga minit 49 saat."Pertandingan itu antara yang paling sengit pernah saya sertai kerana tiga peserta terbaik mencatatkan masa hampir sama."Perbezaan hanya pada beberapa saat, jadi ia benar-benar menguji kemahiran dan ketelitian setiap peserta," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kubang Kerian di sini.Muhammad Syukri memberitahu, micro soldering merupakan kemahiran khusus dalam bidang pembaikan telefon yang melibatkan komponen bersaiz sangat kecil pada papan litar, termasuk cip dan CPU.Ujarnya, kemahiran berkenaan berada pada tahap kepakaran tinggi dan tidak dikuasai ramai juruteknik berbanding kerja membaiki telefon pada peringkat asas.Mengulas penglibatannya dalam bidang itu, beliau memberitahu, minat terhadap teknologi elektrik dan elektronik sudah bermula sejak zaman pengajian di Politeknik Kota Bharu sebelum memperoleh Diploma Kejuruteraan Awam.Beliau kemudian mula menceburi industri pembaikan telefon pada 2015 dengan bekerja bersama kenalan sebelum menimba pengalaman selama kira-kira dua tahun dengan pihak lain."Selepas mendapat pengalaman dan mempelajari selok-belok bidang ini, saya mengambil keputusan untuk membuka perniagaan sendiri."Alhamdulillah, selepas lebih 10 tahun dalam industri, saya berjaya mengembangkan perniagaan kepada tiga cawangan di Kota Bharu, Kubang Kerian dan Tanah Merah," katanya.Menurut beliau, perniagaan yang diusahakan itu kini mempunyai kira-kira 18 pekerja dan terus berkembang seiring permintaan terhadap perkhidmatan pembaikan telefon pintar.Syukri berkata, penyertaannya dalam pertandingan antarabangsa bukan semata-mata untuk memburu kemenangan, sebaliknya mahu mencabar kemampuan diri, memperkenalkan kemahiran dimiliki serta membina jaringan dengan pakar dari seluruh dunia.Katanya, sebelum meraih kejuaraan di Indonesia, beliau pernah menyertai beberapa pertandingan termasuk LUBAN Cup di MAEPS, Serdang, tahun lalu dengan memperoleh tempat ke-11 daripada kira-kira 150 peserta.Beliau turut menyertai pertandingan di China dan mendapat tempat ke tiga
'Hanya tiga minit tiga saat' - Anak Kelantan juara Asia baiki telefon

Key takeaways
Muhammad Syukri Zaidi dari Kelantan memenangi pertandingan micro soldering Asia di Indonesia dalam masa tiga minit tiga saat.
- Pertandingan itu menyaksikan lebih 200 peserta membaiki komponen telefon pintar.
- Muhammad Syukri mengatasi peserta Indonesia yang menduduki tempat kedua dan ketiga.
- Kemahiran micro soldering melibatkan komponen kecil seperti cip dan CPU.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Hanya RM30 juta bukan RM250 juta untuk KB Sentral-Exco Kelantan
- Sinar Harian 'Hanya tiga minit tiga saat' - Anak Kelantan juara Asia baiki telefon (this story)









