ISTANBUL – Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk menggandakan bilangan pelajar tajaan yang dihantar melanjutkan pengajian ke Turkiye tahun depan, susulan kejayaan penghantaran kumpulan perintis sebanyak 17 orang pada September tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasrat itu merupakan sebahagian daripada usaha memperluas peluang pendidikan antarabangsa kepada pelajar cemerlang, selain memperkukuh hubungan akademik antara Malaysia dan Turkiye.

“Saya akan memastikan bahawa sekurang-kurangnya MARA pada tahun hadapan akan menghantar dua kali ganda jumlah pelajar ke universiti sama (Universiti Sabanci dan Universiti Teknikal Yildiz),” katanya dalam ucapan ringkas pada majlis makan malam bersama pelajar Malaysia dan warga Kedutaan Besar Malaysia di Turkiye di sini, semalam.