HULU TERENGGANU – Perjalanan pulang sekumpulan peminat motosikal Yamaha RXZ selepas menyertai program permotoran berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut, manakala dua lagi mengalami kecederaan parah dalam kemalangan di Kilometer 414 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Ajil, malam tadi.Mangsa, Ahmad Syamil Nordin, 23, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu.Dua lagi penunggang motosikal Yamaha RXZ berusia 28 dan 33 tahun turut terlibat dalam nahas berkenaan dan dilaporkan parah. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, mangsa bersama beberapa rakannya dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu selepas menghadiri program Ride Silaturahim Dungun Calling 2.0 di Dungun.Menurutnya, kemalangan dipercayai bermula apabila sebuah lori memasuki lorong kanan bagi mengelak sebuah motosikal yang terjatuh selepas hilang kawalan."Motosikal Yamaha RXZ yang ditunggang mangsa dan berada di belakang gagal mengelak sebelum merempuh bahagian belakang lori berkenaan," katanya di sini hari ini.Sharudin berkata, sebuah lagi motosikal Yamaha RXZ yang berada di belakang turut gagal mengelak lalu melanggar motosikal yang ditunggang Ahmad Syamil.Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.
Tragedi pulang konvoi RXZ: Seorang maut rempuh lori, dua lagi parah

Key takeaways
Seorang lelaki maut dan dua lagi cedera parah dalam kemalangan motosikal RXZ dengan lori di LPT2, Hulu Terengganu.
- Ahmad Syamil Nordin, 23, maut akibat kecederaan parah di kepala dalam kemalangan itu.
- Dua lagi penunggang motosikal RXZ cedera parah selepas merempuh lori.
- Kemalangan berlaku apabila motosikal gagal mengelak lori yang memasuki lorong kanan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Tragedi operasi di Sungai Padang, anggota APMM maut dan dua lagi cedera
- Sinar Harian Tragedi pulang konvoi RXZ: Seorang maut rempuh lori, dua lagi parah (this story)









