SEREMBAN: Sepasang suami isteri warga emas maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di Kilometer 242 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Ngiam Ooi Ming, berkata mangsa lelaki berusia 75 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu.
Beliau berkata, isteri mangsa berusia 70 tahun pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, kira-kira jam 8 malam tadi.
"Hasil siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Saga dinaiki kedua-dua mangsa yang dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun bersama seorang lagi penumpang wanita berumur 21 tahun, sedang dalam perjalanan dari Cheras, Kuala Lumpur, menuju ke Port Dickson.








